Terkini

321,331 individu terima dos pertama vaksin Covid-19 setakat 15 Mac

KUALA LUMPUR – Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).

“Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada Selasa.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lepas menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: