Politik

‘Saya tak ada dan saya tak tahu’ , Tok Mat tidak tahu rundingan UMNO-PKR

ALOR GAJAH – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak mengetahui wujud rundingan dan perbincangan tidak rasmi antara parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, adalah lebih penting pada saat ini melihat dan memantau persiapan serta kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan secara tertutup lebih lima jam bersama pimpinan negeri di Villa D’Acqua Homestay Masjid Tanah, di sini, pada petang Isnin.

Hadir sama, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Pada Ahad media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti.

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, beliau berpuas hati perjumpaan di antara setiap ketua bahagian di negeri itu bagaimanapun masih ada ruang kelemahan yang perlu diperbaiki.

Menurutnya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding dan Persiapan Pilihan Raya ‘War Room’, Melaka merupakan negeri pertama yang dipantau untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan negeri-negeri.

“Melaka negeri pertama, nampaknya persiapan Melaka cukup bagus tetapi ada beberapa kawasan (bahagian) yang perlu diperbaiki lagi.

“Selepas ini pihaknya akan menjelajah ke Negeri Sembilan, Johor dan seterusnya melihat persiapan di setiap negeri,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: