Terkini

I-Kembali terima 34 peserta baharu, perluas program dalam sektor pertanian

Sepang – Seramai 34 Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Sungai Udang, Melaka dan Penjara Kluang tiba di Ghullam Recovery Care Centre (GRCC), Bandar Baru Salak Tinggi di sini untuk menjalani latihan selama 14 hari sebelum diserapkan ke dalam sektor pekerjaan .

Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK),  Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad menjelaskan program I-Kembali menyasarkan untuk membantu bekas banduan dan OBB mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina kehidupan baru dan berada dalam kelompok masyarakat.

“Hari ini kami menerima 34 orang peserta dari penjara Sungai Udang dan Kluang, kesemua mereka adalah OBB dan akan diberi latihan terlebih dahulu dari segi emosi, akhlak, sahsiah diri dan sebagainya sebelum ditempatkan ke dalam sektor pekerjaan” katanya.

Jelasnya lagi, penerimaan positif dari majikan terhadap bekas banduan kini mula menampakkan anjakan yang baik.

“Alhamdulillah, ramai majikan sudah mula memberi ruang kepada mereka ini untuk bekerja.

“Terbaru, kita telah diberi kepercayaan untuk menempatkan 80 peserta bekerja di pelabuhan Tanjung Pelepas, ini adalah petanda positif bagi membuka mata lebih ramai majikan lagi” katanya kepada Malaysianews TV.

Siti Murni turut menambah mengenai projek baharu dengan kerjasama penjara Kluang dalam sektor pertanian Moringga Oleifeira yang menggunakan 100% tenaga kerja banduan.

“Berkenaan dengan projek ini, kita telah melalui fasa semaian sebanyak 7,000 anak pokok seluas 30 ekar tanah.

“Bukan sahaja mendedahkan peserta dalam sektor pertanian malah kami juga bakal mendedahkan mereka dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran tanaman” ulasnya.

Beliau juga berharap usaha murni ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan secara langsung membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: