Terkini

Lebuh Raya SUKE dijangka siap November tahun ini – Prolintas

Kuala Lumpur – Pembinaan projek lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang bermula pada 29 Ogos 2016 telah mencapai kemajuan sebanyak 88.8 peratus dan dijangka siap pada November 2021 kelak.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) berkata demikian susulan aduan peniaga dan penduduk di Taman Len Seng dan Alam Damai di Kuala Lumpur yang terpaksa berdepan masalah jalan raya yang rosak ekoran pembinaan projek tersebut.

“Kerja-kerja penurapan dan penyelenggaraan adalah dilaksanakan secara berkala dan mengikut keperluan semasa, bergantung kepada kondisi semasa jalan terbabit. Antara jalan-jalan yang terlibat di kawasan Alam Damai adalah seperti Persiaran Alam Damai, Jalan Alam Damai dan Lingkungan Alam Damai.

“Pihak SUKE juga telah mengarahkan kontraktor terlibat untuk sentiasa peka terhadap keadaan jalan-jalan tersebut demi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat. Manakala di Taman Len Seng iaitu Jalan Utama 1/114A, Jalan 1, Jalan 2, Jalan 4 dan Jalan 11 telah dibaiki secara kekal namun pemantauan berterusan akan dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, beberapa penduduk serta peniaga di kawasan terbabit mengeluh kerana terpaksa melalui jalan yang sesak serta sempit ekoran penutupan empat persimpangan jalan.

Menurut wakil peniaga di Alam Damai, Kenny Lin See Wai, 45, keadaan jalan makin buruk meskipun dia dan para peniaga lain telah membuat aduan sejak dua tahun lalu.

Mengulas berhubung penutupan empat simpang jalan, Prolintas menjelaskan ia bertujuan untuk memberi laluan kerja-kerja pemasangan pembinaan struktur portal bertingkat di persimpangan lampu isyarat Telekom Malaysia.

“Untuk makluman, sebelum penutupan jalan ini dilakukan, pihak SUKE telah bekerjasama dengan pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) untuk melakukan kajian dan pemantauan.

“Hasilnya, atas faktor keselamatan terdapat keperluan untuk penutupan dilaksanakan bagi mengelak terjadi sebarang kejadian di luar jangka seperti kemalangan kepada pengguna jalanraya dan orang awam. Pihak SUKE memandang serius terhadap isu keselamatan, tambahan pula lebih 80 peratus struktur pembinaan SUKE adalah melibatkan kawasan yang mempunyai laluan trafik,” tambahnya.

Selain itu, Prolintas juga berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama penduduk dan peniaga kurang tujuh kali bagi memberi gambaran progress pembinaan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: