Terkini

I-Kembali bantu 18 Orang Bebas Berlesen miliki kad pengenalan

Putrajaya – Seramai 18 Orang Bebas Berlesen (OBB) yang menyertai program I-Kembali kini menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan kad pengenalan.

Mereka adalah antara 34 OBB dari Penjara Sungai Udang, Melaka dan Penjara Kluang, Johor yang tiba di Ghullam Recovery Centre (GRCC) pada khamis bagi menyertai program I-Kembali.

Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK),  Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata ianya sebagai satu langkah wajib bagi membantu peserta terlibat yang kehilangan mahupun keciciran kad pengenalan.

“Apabila pihak kami menerima peserta, perkara paling utama yang perlu kita uruskan adalah pemilikan kad pengenalan, ini penting kerana memudahkan urusan membuka akaun, pendaftaran KWSP, perubatan, PERKESO dan sebagainya.

“Kami akan memastikan setiap peserta memiliki kad pengenalan sebelum advokasi industri atau penempatan pekerjaan” jelasnya.

Beliau juga turut berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara kerana memberi kerjasama, sokongan dan bantuan bagi memudahkan urusan permohonan kad pengenalan.

Program I-Kembali merupakan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: