Politik

BN tubuh pasukan khas untuk semak imbang kerajaan

Kuala Lumpur – BN akan menubuhkan ‘pasukan khas’ untuk memainkan peranan sebagai “suara semak dan imbang” terhadap kerajaan PN.

Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Shafri Abd Aziz dalam kenyataan media malam ini berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat 3 Mac lalu.

“Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu), bersetuju untuk BN terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat,” katanya.

Perkembangan ini hadir ketika Umno yang merupakan komponen utama BN dan merupakan sekutu kerajaan, baru-baru ini memaklumkan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan mengekalkan sokongan hanya sehingga parlimen dibubarkan.

BN ketika ini masih merupakan sekutu kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pasukan khas yang akan ditubuhkan BN itu hanya dibahagikan kepada lima portfolio. 

Jelas Mohamad Shafri, pasukan khas itu akan dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.

Bagi pasukan khas mengenai pendidikan, ia akan diketuai Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid.

Pasukan khas ekonomi akan diketuai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Johari Abdul Ghani, sementara Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said akan mengetuai pasukan khas mengenai demokrasi dan perundangan.

Pasukan khas perpaduan nasional pula akan diketuai Tuan Mosinal @ Richard Kastum, sementara pasukan khas mengenai undi automatik 18 tahun akan dipimpin Sivarraajh Chandran dari MIC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: