Terkini

RM300 juta cukai boleh dikutip jika kawal selia industri vape

Kuala Lumpur – Retail and Trade Brands Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia), sebuah badan bukan kerajaan yang menyokong kawal selia, polisi kewangan dan percukai yang mempengaruhi prestasi jenama, percaya bahawa Kerajaan bakal memperoleh kutipan cukai lebih daripada RM300 juta sekiranya kawal selia ke atas industri vape diperkenalkan.

Cadangan ini diutarakan selepas Bank Dunia melancarkan sebuah laporan awal minggu ini di mana laporan tersebut menggariskan cadangan yang menekankan keperluan untuk Malaysia menerokai dan membuka sumber pendapatan baru di peringkat negeri dan kerajaan tempatan. 

RTBA Malaysia percaya bahawa Kerajaan Malaysia telahpun berada di landasan yang betul selepas mengenakan cukai eksais keatas produk vape yang diumumkan semasa Bajet 2021 yang lalu.

Dato’ Fazli Nordin Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata secara jelasnya, Malaysia mempunyai peluang untuk meluaskan aliran pendapatan dalam pasaran yang sedang berkembang ini.

Jelasnya lagi, terdapat potensi pendapatan lebih daripada RM300 juta untuk Kerajaan, sekiranya kerangka cukai termasuk e-cecair vape yang mengandungi nikotin menjadi antara pilihan sebagai sumber pendapatan baru.

“Pasaran vape telah lama bertapak di Malaysia dan terdapat lebih daripada satu juta pengguna menggunakan produk ini. Ini ialah sektor yang tidak diterokai oleh Kerajaan dan mampu memberikan pulangan pendapatan segera tahun ini dengan mengembangkan kerangka percukaian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

RTBA Malaysia juga percaya bahawa dengan meluaskan rangka kerja cukai, langkah tersebut perlu bergerak seiring dengan mengawal selia produk vape dan langkah ini akan melonjakkan dan meggerakkan aktiviti ekonomi dalam industi yang sedang berkembang ini. 

Tambahnya, kawal selia yang komprehensif wajib diletakkan sebagai keutamaan, tambahan kerana ini bukan sahaja akan membuka peluang malahan mengukuhkan pendapatan Kerajaan serta membuka peluang pekerjaan, mengembangkan perindustrian kecil sederhana tempatan (SMEs), meningkatkan daya saing, memastikan kualiti dan standard produk dan menarik pelaburan asing, kerana syarikat vape antarabangsa mungkin bakal pertimbang untuk melabur di Malaysia,” katanya lagi.

Berdasarkan Kajian Industri Vape Malaysia, laporan yang diterbitkan oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia, industri vape Malaysia kini bernilai sebanyak RM2.27 billion.

Dalam laporan yang sama, ia menganggarkan kerajaan mempunyai potensi untuk memperoleh sehingga RM300 juta dalam betuk cukai eksais pada tahun pertama sekiranya cukai tersebut merangkumi e-cecair vape yang mengandungi nikotin.

Data tersebut ialah berdasarkan corak penggunaan oleh pengguna vape terutamanya e-cecair yang mengandungi nikotin yang merupakan komponen terbesar cukai yang boleh dikutip kerajaan. Ini dianggarkan daripada hasil jualan yang diperoleh daripada 3,000 peniaga vape di Malaysia.

Tentang Advokasi Jenama Runcit dan Dagang bahagian Malaysia (RTBA Malaysia)

RTBA Bahagian Malaysia ialah sub-divisyen RTBA yang berpangkalan di Victoria, Australia. Ia merupakan gabungan pemain industri perniagaan, peruncit dan pemegang tanda dagangan yang bekerja untuk melindungi peruncit dan pembekal di rantau Asia-Pasifik daripada kesan kegiatan jenayah.

Fokus utama RTBA ialah untuk menyatukan, menggerakkan dan menyokong perubahan yang efektid dalam pengawalseliaan, isu berkaitan kewangan dan cukai yang meninggalkan kesan keatas rantaian bekalan. 

Hari ini, RTBA secara berterusan telah memainkan peranan yang aktif dalam meningkatkan keselamatan produk dan meningkatkan penalti untuk kegiatan jenayah yang melibatkan operasi pasaran gelap, menghapuskan kegiatan haram seperti pemalsuan tanda dagangan, cetak rompak serta dagangan haram yang melibatkan barangan pengguna, melindungi jenama serta harta intelek pembekal, pengeluar, pemilik hak dagangan dan pengguna serta menyediakan penyelesaian kawal selia dan percukaian untuk semua pemain industri peruncitan dan rantaian bekalan.

Untuk pengetahuan lanjut, sila layari www.rtbamalaysia.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: