Terkini

Nazrin ada luka tembus otak sedalam 6.8cm – Pakar forensik HKL

Kuala Lumpur – Perbicaraan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan hari ini diberitahu, terdapat satu luka menembusi otak mangsa sedalam 6.8 sentimeter (cm) yang boleh ditafsirkan sebagai kecederaan disebabkan penggunaan tukul ataupun set memanah.

Pakar Perunding Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng, 50, memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam yang luka tersebut disenaraikan sebagai luka pertama dalam senarai 16 luka dan tanda yang ditemui pada tubuh badan Nazrin.

“Luka itu 5 x 4 cm pada bahagian luar dan menembus ke dalam otaknya 6.8 cm,” kata saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Ketika pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudiannya, Dr Siew berkata menurut kepada imbasan ‘computerised tomography’ (CT), diameter luka sedalam 6.8 cm pada otak Nazrin itu ialah 0.4 cm.

“Ini (ukuran) ialah pada ketika tisu otak telah kembali normal semula selepas objek (yang menyebabkan luka 6.8 cm itu) tidak lagi berada disitu,” katanya.

Dr Siew berkata, luka seperti ini boleh ditafsirkan sama dengan luka yang disebabkan oleh penggunaan tukul atau set memanah.

“Tukul boleh menjelaskan mengenai keretakan pada tengkorak, tetapi tidak menjelaskan tembusan (luka) pada otak. Ia bukan hentakan tukul disebabkan corak yang tidak konsisten,” katanya.

Dr Siew memberikan keterangan pada kes perbicaraan balu Nazrin Samirah Muzaffar, 46, dan dua remaja yang kini berusia 19 dan 16 tahun dan juga seorang wanita warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, yang kesemuanya didakwa membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.20 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.

Ketika pemeriksaan balas, Muhammad Shafee juga menunjukkan kepada saksi satu animasi bagaimana kebakaran berlaku di dalam bilik Nazrin dan mangsa mungkin panik sebelum terjatuh dan terhantuk bahagian tepi katil.

Selepas menyaksikan animasi tersebut Dr Siew berkata, animasi itu menjelaskan mengenai sebahagian corak (luka) yang tidak dapat dijelaskan ada pada tubuh Nazrin.

Bapa Samirah seorang penganalisa politik Dr Chandra Muzaffar dilihat berada di mahkamah untuk mengikuti perjalanan perbicaraan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung pada 30 Mac.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: