Luar Negara

15 juta dos vaksin J&J didakwa rosak

WASHINGTON: Kira-kira 15 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J), didakwa rosak akibat kesilapan sebuah kilang di Amerika Syarikat (AS), lapor The New York Times.

Kejadian itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada usaha syarikat terbabit untuk meningkatkan pengeluaran vaksin suntikan tunggal berkenaan dengan cepat.

Ketika dihubungi AFP, syarikat farmaseutikal gergasi itu memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengenal pasti sejumlah dos ‘tidak memenuhi standard kualiti’ di sebuah kilang di Baltimore kendalian Emergent BioSolutions.

Tanpa mengesahkan bilangan terjejas itu, syarikat berkenaan menjelaskan, kumpulan dos terbabit ‘tidak pernah sampai ke peringkat pengisian dan peringkat akhir dalam proses pengeluaran’.

“Kualiti dan keselamatan terus menjadi keutamaan tertinggi kami,” kata pihak syarikat itu.

Bagaimanapun, laporan The Times memberi isyarat bahawa isu berkait kawalan kualiti boleh menjejaskan output pada masa depan, dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) dijangka melakukan siasatan.

FDA pula memaklumkan kepada AFP bahawa pihaknya ‘menyedari keadaan itu’, namun enggan mengulas lanjut.

Menurut J&J, syarikat itu menghantar lebih ramai pakar ke lapangan untuk ‘menyelia, mengarah serta menyokong semua pengeluaran vaksin COVID-19 oleh Johnson & Johnson’, yang bakal membolehkannya membekalkan 24 juta dos tambahan sepanjang tempoh bulan ini.

Kilang Emergent BioSolutions belum diberi kuasa oleh pengawal selia AS untuk mengeluarkan ‘bahan ubat’ bagi vaksin J&J, kata syarikat itu.

Namun, laporan media AS mendakwa kilang itu dijangka menghasilkan puluhan juta dos vaksin dalam masa terdekat.

Vaksin keluaran J&J telah mendapat pujian kerana hanya memerlukan pengambilan satu dos dan tidak perlu dibekukan, secara langsung memudahkan lagi pengedarannya.

“Pihak syarikat meneruskan jangkaan untuk membekalkan vaksin COVID-19 keluaran kami pada kadar lebih satu bilion dos menjelang akhir tahun ini,” kata J&J. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: