Terkini

Guna e-wallet syarat baharui lesen perniagaan

PUTRAJAYA – Peniaga pasar tani dan pasar awam di pusat pentadbiran kerajaan di sini, bakal diwajibkan mengguna aplikasi e-wallet sebagai antara syarat memperbaharui lesen perniagaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata syarat yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah sebagai usaha bagi memastikan peserta industri peruncitan, bersedia menghadapi model perniagaan baharu berkonsepkan pendigitalan.

Katanya, pasar tani Putrajaya dipilih untuk pelaksanaan fasa pertama Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Insiative-ReDI) sebelum diperluaskan ke seluruh negara dalam fasa kedua mulai Mei.

“Kementerian menyasar 100 pasar tani dan pasar awam menggunakan e-wallet menjelang hujung tahun ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Presint 2 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohamed Mustahapa Awang.

Fokus utama ReDI adalah bagi memastikan 12,844 peniaga di 306 pasar tani dan pasar awam di seluruh negara menyediakan kemudahan e-wallet.

ReDI adalah sinergi strategik agensi kerajaan dan swasta membabitkan KPDNHEP dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Putrajaya (PPj), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Maybank, Touch n Go dan Axiata Berhad.

Rosol berkata, kelebihan menggunakan e-wallet itu menjadikan rekod kewangan peniaga mikro dan kecil, terutama dalam kalangan pengusaha Bumiputera lebih tersusun.

“Peniaga juga mempunyai akses kepada pinjaman mikro bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan pemegang e-wallet.

“Bagi memastikan sasaran itu tercapai, KPDNHEP memerlukan kerjasama strategik daripada FAMA, pihak berkuasa tempatan serta setiap pejabat KPDNHEP Negeri,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: