Gaya Hidup

Felda D’Saji perkenal produk sedia dimakan

KUALA LUMPUR – FELDA D’Saji Sdn Bhd kini meneroka perniagaan makanan sedia dimakan dengan menawarkan sembilan sajian istimewanya sebagai permulaan, termasuk empat perisa aiskrim.

Pengerusinya, Datuk Zakaria Arshad berkata, syarikat katering yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA dan KPF Bhd itu mensasarkan perniagaan baharu itu menyumbang sebanyak 40 peratus kepada kumpulan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita mensasarkan sumbangan 40:60 daripada makanan sedia dimakan dan perniagaan katering ini dalam masa lima tahun akan datang. Buat masa ini, 100 peratus hasil perolehan D’Saji adalah daripada perniagaan katering.

“D’Saji kehilangan hasil sehingga 70 peratus pada tahun lalu di sebabkan penularan COVID-19. Oleh itu, kita mengambil pendekatan untuk menghasilkan makanan yang siap untuk dimakan,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Promosi Ramadan D’Saji.

Untuk rekod, beliau berkata, hasil perolehan D’Saji secara purata sebelum berlakunya pandemik itu adalah sekitar RM3 juta sehingga RM4 juta.

Zakaria berkata, D’Saji turut berhasrat mengeksport produknya ke luar negara pada separuh kedua tahun ini termasuk ke negara Timur Tengah dan ASEAN.

Beliau berkata, D’Saji juga bercadang membuka beberapa restoran bertaraf lima bintang.

Sementara itu, beliau berkata, antara sajian istimewa D’Saji yang diketahui ramai adalah daging salai lemak belimbing, daging masak hitam dan rendang ayam, selain memperkenalkan empat perisa aiskrim tapai istimewanya iaitu mangga, durian, vanila dan keladi.

Bersempena sambutan Ramadan, FELDA D’Saji kembali menawarkan sehingga 88 menu bufet Ramadan mulai 13 April hingga 10 Mei ini dengan bayaran mulai RM38 untuk kanak-kanak dan RM78 bagi dewasa.

Kumpulan nasyid terkenal, Rabbani akan menghiburkan pelanggan sepanjang bulan ramadan ini.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 019-6622525 atau 03-26930008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: