Sukan

Kerajaan Selangor terima baik cadangan Skim Pencen Atlet – Khairuddin

Kuala Lumpur – Usaha bagi memperluaskan skim pencen kepada atlet negara sedang giat dijalankan ketika ini menerusi kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata inisiatif itu sedikit sebanyak dapat membantu atlet sukan negara termasuk atlet para yang telah mengharumkan nama negara dalam arena sukan kebangsaan mahu pun antarabangsa.

Tambahnya, kerajaan negeri Selangor menerima baik cadangan ini dan sewajarnya diperluaskan sebagai bantuan kelangsungan kepada atlet yang telah bersara.

“Saya sekali lagi merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menyegerakan skim pencen ini untuk atlet yang berjasa kepada negara.

“Mana-mana atlet sama ada dari Selangor atau negeri lain yang pernah bermain di peringkat kebangsaan atau dunia sekali pun perlu diberi jaminan akan menerima pencen selepas bersara” katanya.

Tambahnya lagi, bidang kuasa kerajaan negeri hanya dapat membantu kebajikan atlet dari Selangor namun mewujudkan sistem skim pencen itu tertakluk dibawah kerajaan pusat.

“Untuk mewujudkan skim pencen itu tertakluk dibawah kerajaan pusat, walau bagaimana pun kerajaan negeri Selangor menyokong perkara itu dilaksanakan dan kami juga akan terus memantau kebajikan bukan sahaja bekas atlet tetapi atlet para dari Selangor juga” ulasnya.

Beliau ditemui dalam majlis penyerahan makanan tambahan kepada 500 atlet dan bekas atlet dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Antara makanan tambahan yang disumbangkan adalah Horley 100% whey plus, Horley ice, Horley mass, Horley replace hydration dan vitamin Blackmore.

Penerima insentif program ini termasuk 400 atlet dari MSNS, 50 bekas atlet YAKEB, 30 atlet dan bekas atlet para dari Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan 20 atlet serta bekas atlet para dari Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PERSON).

Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: