Bisnes

Pinjaman perumahan, kenderaan dijangka meningkat

KUALA LUMPUR – Pinjaman pengguna khususnya perumahan dan sewa beli kenderaan dijangka menjadi pemacu pertumbuhan pinjaman bank untuk tempoh akan datang dengan sandaran pemulihan ekonomi ekoran program vaksinasi.

Penganalisis TA Securities, Li Hsia Wong, berkata perkembangan positif itu kemudiannya akan disusuli oleh pertumbuhan pinjaman perniagaan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selanjutnya.

Katanya, apa yang menarik, firma penyelidik itu mendapati pinjaman untuk item mewah seperti gadai janji tetap konsisten sementara pinjaman sewa beli menunjukkan pemulihan yang cukup menggalakkan.

“Pinjaman pengguna kekal ‘sihat’ meningkatkan 5.5 peratus pada Disember 2020 berbanding kenaikan hanya 0.7 peratus untuk pinjaman perniagaan.

“Kami juga memperhatikan bahawa pinjaman yang diambil untuk kegunaan peribadi telah bertambah baik, mungkin untuk digunakan sebagai aliran tunai tambahan bagi mengatasi tempoh yang mencabar ini.

“Namun, kami melihat perbelanjaan kad kredit menurun agak besar sejak awal tahun 2020, bertepatan dengan bermulanya wabak ini disebabkan kebimbangan mengenai kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan keselamatan pekerjaan, sehingga mengakibatkan pelanggan membatasi perbelanjaan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Mengulas lanjut, Hsia Wong berkata, TA Securities percaya tahap keyakinan dalam segmen pengguna berpunca daripada pelbagai program bantuan yang ditawarkan kepada peminjam pada masa mencabar ketika ini.

“Selepas berakhirnya tempoh ‘blanket’ moratorium pada September lalu, peminjam yang masih menghadapi masalah kewangan boleh memohon bantuan lanjut menerusi Program Bantuan Bayaran Balik Bersasar (TRA).

“Kami juga perhatikan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi kerajaan lain telah mewujudkan pelbagai kemudahan pembiayaan tambahan atau dipertingkatkan untuk menyokong pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, memandangkan tindak balas pantas bagi menangani kemerosotan kewangan disebabkan kesan COVID-19, firma itu melihat kualiti aset keseluruhan diukur dengan peningkatan keupayaan bayaran balik dan kenaikan pinjaman/pembiayaan yang perlu diselaraskan oleh bank kekal positif.

Justeru, katanya, nisbah sistem pinjaman atau pembiayaan terjejas bersih hanya meningkat sedikit kepada 1.01 peratus daripada 1.00 peratus setahun yang lalu.

“Selanjutnya, kita perhatikan bahawa tahap kesediaan institusi kewangan adalah baik dengan kebanyakan bank secara proaktif meningkatkan peruntukan berdasarkan perubahan andaian terhadap pemboleh ubah makroekonomi (MEV) dan lapisan pengurusan.

“Menurut data oleh BNM, Nisbah Jumlah Peruntukan kepada Jumlah Pinjaman telah meningkat sebanyak 1.7 peratus pada Februari 2021 berbanding 1.3 peratus pada tahun lalu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: