Terkini

SASUCARE santuni anak-anak Rumah Sentuhan Budi

Kuala Lumpur – Mengambil keberkatan 10 ramadhan terakhir, SASUKE OUTLET telah mengadakan penyerahan sumbangan bagi Program ‘SASUCARE’ bagi menonjolkan SASUKE Prihatin.

Kempen yang berteraskan tanggungjawab sosial ini memasuki tahun kedua diadakan oleh SASUKE OUTLET dengan kerjasama Fatin Kitchen dan Ola Popcorn. Penyerahan pertama ini diterima oleh Rumah Sentuhan Budi yang terletak di Petaling jaya, Selangor dengan nilai serahan RM2300 disamping pemberian duit raya kepada anak-anak rumah tersebut.

Sebagai penerima pertama program, seramai 13 sehingga 16 kanak kanak perempuan dari Rumah Sentuhan Budi diraikan.

Program ini memberikan ruang kepada SASUKE untuk mendekati masyarakat dan memberi khidmat kepada yang memerlukan.

Program SASUCARE ini dijalankan selama 3 bulan bermula 10 April 2021 yang lepas. Tujuan utama SASUCARE dilancarkan ialah untuk membantu rumah-rumah kebajikan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur khususnya bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan warganya.

Pengarah SASUKE Outlet, Nurul Suhaida Abu Sopian, berkata program CSR itu adalah bertujuan meraikan anak-anak rumah kebajikan dalam menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Beliau berkata, program yang diadakan itu adalah hasil sokongan pembeli yang membelanjakan sebanyak RM30 di semua cawangan kedai mereka, di mana RM1 daripadanya didermakan untuk tabung SASUCARE.

“Kami berterima kasih kepada semua penyumbang dan pembeli yang menjayakan acara ini dan berharap sumbangan mereka dapat membantu meringankan beban golongan berkenaan,” katanya kepada media.

Ditubuhkan pada April 2016, SASUKE OUTLET adalah rangkaian butik pakaian terpakai berkualiti tinggi yang menawarkan harga dan nilai yang berpatutan. SASUKE Outlet kini beroperasi di kawasan

Lembah Klang antaranya di Setapak, Pandan Jaya, Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Cheras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: