Luar Negara

COVID-19: Varian B1617 dari India diklasifikasi sebagai kebimbangan global

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian B1617 yang berasal dari India sebagai satu kebimbangan di peringkat global.

Menurut Ketua Teknikal WHO, Maria Van Kerkhove ini susulan kadar jangkitan varian berkenaan yang meningkat pada ketika ini.

Varian B1617 mula dikesan di India pada Disember lalu.

Ia disifatkan sangat mudah merebak, dan kini sudah menular ke negara lain.Varian B1617 juga menyebabkan banyak negara menggantung penerbangan dari India.

Kadar jangkitan COVID-19 di India merekodkan jumlah tertinggi pada Isnin.Perkembangan ini memaksa Perdana Menteri, Narendra Modi mengumum sekatan di seluruh negara.

WHO dalam pada itu turut melancarkan kempen Together for India, untuk mengumpul dana bagi pembelian tabung oksigen, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan buat petugas kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: