Bisnes

KPDNHEP pantau penjual daging tepi jalan

MELAKA – Penjual daging lembu di tepi jalan sempena Aidilfitri ini diingatkan agar mematuhi harga yang ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, ini bagi mengelakkan peniaga tersebut dikenakan kompaun atau denda memandangkan pemantauan penguatkuasaan bukan sahaja dilakukan di pasar malah melibatkan premis jualan di tepi jalan.

“Pemantauan dilakukan pada pagi dan petang terutama tiga hari terakhir Ramadan ini memandangkan ramai pengguna membeli daging di tepi jalan sebab ingat harganya murah.

“Malah mereka juga diberi amaran agar tidak mencampurkan antara daging segar dan beku lalu dijual dengan harga yang mahal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Norena berkata, walaupun tiada laporan diterima setakat ini selepas tindakan segelintir peniaga di Pasar Awam Bachang di sini yang ‘melembutkan’ daging beku dan menjualnya sebagai daging segar terbongkar, pemantauan terus dilakukan memandangkan pihak KPDNHEP mengamalkan dasar polisi tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku peniaga.

Dalam pada itu, sebanyak 704 pemeriksaan berkaitan penguatkuasaan SHMMP telah dijalankan sepanjang musim perayaan ini di seluruh Melaka dan pihaknya telah mengeluarkan enam kompaun berjumlah RM600 membabitkan kesalahan berkaitan penandaan harga.

“Kesalahan yang dilakukan peniaga melibatkan penandaan harga yang mana peniaga gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal sepanjang musim perayaan ini.

“Ada di antara mereka yang benar-benar lupa dan ada yang sengaja tidak mahu meletakkan dengan harapan dapat mengelirukan pengguna semasa membeli,” katanya yang menjelaskan pemantauan serta pemeriksaan sepanjang musim perayaan kali ini melibatkan 69 anggota penguat kuasa.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: