Terkini

Ketua Polis Daerah Dang Wangi turun padang tinjau SOP RapidKL

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pemeriksaan berkala secara rawak untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di hab-hab bas, stesen-stesen dan di dalam tren perkhidmatan pengangkutan awam termasuk pembawaan surat kebenaran merentas negeri dan daerah dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Ketika menyatakan perkara ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohamad Zainal Haji Abdullah, yang mengetuai rondaan di stesen-stesen LRT, MRT, monorel dan has bas Pasar Seni hari ini, menegaskan bahawa tiada sebab untuk warga kota tidak boleh mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana ianya bukan sesuatu yang baru.

“Kita sudah lebih setahun menjalani kehidupan norma baru di bawah PKP. Tiada sebab untuk orang ramai mengatakan mereka lupa ataupun tidak tahu,” katanya kepada pemberita di stesen integrasi Hang Tuah selepas tinjauan dari Stesen LRT Dang Wangi sebelum meneruskan rondaan ke Hab Bas Pasar Seni dan menaiki tren dari Stesen MRT Pasar Seni dan membuat pemeriksaan di dalam tren MRT Laluan Kajang.

Bertukar ke laluan monorel di Bukit Bintang, delegasi ACP Mohamad Zainal, yang diiringi oleh Ketua Operasi Sekuriti Kumpulan Prasarana, Supt. Mohd Faizul Ramli dan para pegawai lain, meneruskan rondaan dalam tren monorel sebelum menamatkan program di Stesen Monorel Hang Tuah.

Tiada kompaun dikeluarkan; tetapi ACP Mohamad Zainal dan para pegawainya ada membuat teguran terhadap beberapa penumpang tentang pemakaian pelitup muka dengan betul. Semua penumpang yang diperiksa mempunyai dokumen sah untuk merentas daerah dan negeri sama ada dikeluarkan oleh majikan masing-masing dan juga polis.

Mengulas program tinjauan beliau, ACP Mohammad Zainal menyatakan rasa puas hati terhadap semua langkah-langkah yang diambil oleh Prasarana dalam memastikan pematuhan SOP di fasiliti-fasiliti pengangkutan awam kendaliannya; menyifatkan langkah-langkah yang dilaksanakan sebagai ‘tindakan bijak dan tepat’.

Langkah-langkah ini termasuk penyemakan SOP pengguna mengimbas kod my sejahtera dan suhu sebelum masuk ke dalam stesen dan penyemakan kakitangan dan penumpang memakai pelitup muka ketika berada di dalam stesen. Beliau juga menyatakan puas hati dengan semua stesen rel dan bas Rapid KL dilengkapi dengan QR kod untuk pengguna mengimbas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: