Terkini

Polis akan periksa rumah ke rumah ketika Aidilfitri

PETALING JAYA – Polis Petaling Jaya akan menjalankan pemantauan termasuk pemeriksaan rumah ke rumah ketika Aidilfitri ini bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP​) itu akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan.

“Saya ingatkan kepada warga Petaling Jaya agar tiada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Pihak polis akan menjalankan pemantauan serta pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Rabu.

Menurutnya, ketika ini terdapat lapan pasukan pemantau khas yang telah ditubuhkan.

“Kita mempunyai lapan pasukan bagi menjalankan pemantauan SOP dan dari hari ke hari sememangnya penguatkuasaan kita akan sentiasa perketatkan.

“Selepas ini tiada lagi amaran dan sekiranya terdapat pelanggaran SOP, pihak polis akan terus mengambil tindakan kompaun,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: