Terkini

Pasukan khas ditubuhkan siasat punca dua tren LRT bertembung

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC, di sini malam Isnin.

Menteri berkenaan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata laporan awal mengenai insiden itu akan dihantar kepadanya oleh ketua pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), esok pagi.

Jelasnya, MOT menjangkakan dalam tempoh dua minggu hasil siasatan oleh pasukan khas itu akan dikemukakan kepada kementerian itu.

“Dalam tempoh dua minggu kami akan kenal past punca kejadian sama ada disebabkan kesilapan dari segi sistem signalling (isyarat) atau masalah komunikasi atau kesilapan manusia,” katanya pada sidang media, di lokasi kejadian di sini. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: