Terkini

Malaysia seimbang lindungi nyawa, ekonomi ketika pandemik

KUALA LUMPUR – Malaysia menekankan keutamaan untuk mencapai keseimbangan di antara melindungi kesihatan dan nyawa dengan memastikan kelangsungan ekonomi dalam menangani wabak COVID-19.

Perkara itu nyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika sidang Meja Bulat Pemimpin Komanwel Rantau Asia dipengerusikan Putera Diraja Wales, Putera Charles yang berlangsung secara maya semalam.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, pada sidang sama, Perdana Menteri turut membincangkan usaha dilaksanakan untuk menjana ekonomi kitaran dalam rancangan pembangunan Malaysia.

Ia antara pendekatan untuk mendorong perubahan sistemik ke arah penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan hijau yang lebih berdaya tahan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menekankan kejayaan Malaysia dalam menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), yang mana hasil penerbitan sijil kewangan Islam itu akan membiayai projek hijau sejajar Agenda Pembangunan Lestari 2030.

“Perbincangan Meja Bulat ini antara lain turut membincangkan isu utama yang boleh ditangani Komanwel seperti isu berkaitan pendekatan pemulihan hijau, peralihan ke ekonomi hijau dan tindakan kolektif menjelang Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26).

“Selain itu, ia juga membuka peluang pemimpin berkongsi inisiatif dan amalan baharu dalam usaha mereka mengembalikan serta mempercepatkan pemulihan ekonomi disebabkan wabak COVID-19 melalui inisiatif kitaran, transformasi industri karbon dan pembiayaan hijau yang mampan,” kata kenyataan itu.

Selain Malaysia, turut hadir pada sesi Meja Bulat itu adalah Presiden Maldives, Presiden Sri Lanka, Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Singapura, Presiden Rwanda merangkap bakal Pengerusi Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel, Perdana Menteri United Kingdom (UK) dan Setiausaha Agung Komanwel.

Pada sesi sama, Putera Charles turut menggalakkan pemimpin Komanwel mendorong sektor swasta menyertai Inisiatif Pasaran Mampan dipimpin sendiri oleh beliau.

Menerusi inisiatif itu, Putera Charles menjangka ia mampu membantu syarikat swasta beralih ke perniagaan berasaskan ekonomi hijau yang lebih cekap dan mesra alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: