SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 bilion bagi membantu meredakan cabaran yang dihadapi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program Pemerkasa Tambahan itu melibatkan suntikan langsung fiskal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion.
Katanya, terdapat tiga matlamat utama bagi program tersebut iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.