Terkini

Program Subsidi Upah dilanjut sebulan

PUTRAJAYA – Program Subsidi Upah dilanjutkan selama sebulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, membabitkan kos RM1.5 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan PKP 3.0 tidak dapat dinafikan akan memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat terutama risiko kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi.

“Maka, kerajaan bersetuju melanjutkan Program Subsidi Upah bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selama sebulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh kerajaan.

“Adalah dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan akan mendapat manfaat,” katanya berucap pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0, malam ini.

Muhyiddin berkata, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad pula akan menikmati pengecualian pembayaran levi selama sebulan pada Jun ini.

Selain itu, beliau berkata, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran E-Latih secara percuma, membabitkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: