SHAH ALAM – Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RM1bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertambahan peruntukan tersebut adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.

“Sebanyak RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan Covid-19, bukan sahaja di hospital seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika berucap sempena Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0, pada Isnin.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading