Luar Negara

Pelakon Tarzan antara 7 maut dalam nahas pesawat di AS

WASHINGTON – Semua tujuh penumpang termasuk pelakon Tarzan, Joe Lara dan isterinya, Gwen Shamblin Lara, dipercayai maut selepas pesawat kecil mereka terhempas di sebuah tasik.

Menurut pihak berkuasa, nahas berlaku berhampiran bandar Nashville di Amerika Syarikat (AS) sekitar jam 11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu.

Pesawat kecil itu terhempas sejurus berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Tennessee, menuju Palm Beach, Florida, kata Rutherford County Fire & Rescue (RCFR) di Facebook.

Pesawat menjunam ke Percy Priest Lake, kira-kira 19 kilometer di selatan Nashville dan Persekutuan Pentadbiran Penerbangan mengesahkan tujuh individu menaiki pesawat itu, lapor CNN.

Sejak Sabtu malam, operasi beralih dari usaha mencari dan menyelamat kepada kerja-kerja pencarian, kata komander operasi nahas RCFR, Kapten Joshua Sanders pada sidang media.

“Kami tidak lagi berupaya untuk (mencari) mangsa hidup ketika ini, tumpuan kami sekarang adalah kerja pencarian di lokasi kemalangan,” katanya.

Petang semalam, RCFR memaklumkan di Facebook, operasi pencarian berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.

Lara mula membintangi filem ‘Tarzan in Manhattan’ pada 1989 seterusnya The Epic Adventures’ antara 1996 hingga 1997. – AFP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: