Terkini

RM7.70 juta kepada 2,568 syarikat pengendali pelancongan terjejas

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) melibatkan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.70 juta.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Khamis bagaimanapun berkata, masih banyak syarikat berkaitan belum menerima manfaat daripada bantuan kewangan yang disediakan itu.

“Justeru, MOTAC akan menambah baik syarat kelayakan bagi memastikan lebih banyak golongan sasaran menerima manfaat dengan tampil mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan Pemerkasa 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh didapati melalui laman sesawang http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.

Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif tersebut adalah pada 15 Julai ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas mengumumkan Geran Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: