Terkini

JAIS batal peperiksaan PSRA Ogos ini

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat keputusan bagi membatalkan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pelaksanaannya pada 23 hingga 27 Ogos ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, sehubungan pembatalan itu pihaknya akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara dan seimbang sebagai ganti sesuai pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) sesi kemasukan 2022.

“Keputusan pembatalan peperiksaan PSRA dibuat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara dan trend semasa penularan dan peningkatan jangkitan serta jumlah kematian akibat Covid-19 di Selangor yang semakin tinggi.

“Keputusan ini akan turut membantu usaha berterusan semua pihak melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Shahzihan berkata, pihaknya berpandangan juga bahawa pembelajaran formal yang tidak dapat dijalankan seperti biasa akan memberi impak besar terhadap kemampuan guru dan pelajar dalam menghadapi persediaan peperiksaan PSRA mengikut format dan protokol peperiksaan seperti lazimnya.

“JAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor yang telah mengambil pelbagai inisiatif dan kaedah yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada anak didik semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: