Terkini

Polis tahan pemilik akaun IG ‘safieyillias94’

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ pada Khamis berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pada Jumaat.

“Pemilik akaun itu telah ditahan semalam.

“Hari ini akan mohon reman untuk siasatan lanjut. Beri masa kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Jumaat.

Pada Khamis, perbuatan itu dikatakan berlaku ketika pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama pemilik akaun ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: