Terkini

Kerajaan kaji bantuan tambahan kepada rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat, bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.

“Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, semalam.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: