Terkini

PPV Stadium Bukit Jalil beroperasi penuh seminggu lagi

KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil akan beroperasi pada kapasiti penuh 10,000 suntikan sehari dalam masa seminggu lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, pada permulaan, hari pertama ini prosedur operasi standard (SOP) adalah 30 peratus daripada kapasiti penuh.

“Pada hari pertama ini, kapasiti suntikan adalah sebanyak 3,000 suntikan. Kita bermula dengan angka kecil dan dalam tempoh tiga hari nanti, kapasitinya akan ditingkatkan kepada 5, 000 sehari (kapasiti 50 peratus).

” Dalam tempoh seminggu lebih, kita akan beroperasi dalam kapasiti penuh, iaitu 10,000 suntikan sehari,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), berkata PPV SNBJ akan memberikan perkhidmatan suntikan vaksinasi penduduk di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Axiata Arena Bukit Jalil iaitu kemudahan PPV memberi tumpuan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) disebabkan kemudahannya lebih sesuai kepada golongan itu.

“PPV SNBJ ini sangat dekat dengan hati saya, dan pembukaannya ini lebih kepada golongan muda awal yang mendaftar awal sejak 23 Februari,” katanya.

Beliau berkata, PPV SNBJ akan menjadi antara empat PPV mega yang mampu menampung kapasiti 10,000 suntikan sehari, di samping World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC).

“Kapasiti PPV ini boleh dipertingkatkan lagi,” katanya.

Beliau turut mengakui ada penerima yang mendapat pemberitahuan agak singkat untuk janji temu.

“Saya dimaklumkan ada yang dapat janji temu dua hari lalu, tetapi sanggup datang dengan cepat untuk dapatkan vaksinasi mereka.

“Kita akan lihat kembali disebabkan ada yang tidak dapat datang berikutan tempoh pemberitahuan yang singkat, kita akan semak dan beri semula tarikh janji temu baharu.

“Ini antara perkara yang perlu kita atasi dalam tempoh minggu pertama ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: