Terkini

Vaksin CanSino satu dos guna untuk golongan pelarian

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang penggunaan vaksin CanSino untuk golongan pelarian yang berada di negara ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan penggunaan vaksin itu bagi memudahkan dan mempercepat program imunisasi di negara ini.

Selain itu, katanya, langkah berkenaan dibuat berikutan kesukaran untuk mengenal pasti jumlah sebenar pelarian di negara ini.

“Vaksin CanSino yang akan diperoleh Julai nanti, hanya memerlukan satu dos. Jadi kita akan bagi mereka (pelarian) vaksin berkenaan,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil yang baru dibuka dengan kapasiti maksimum 10,000 penerima dalam satu-satu masa.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau sudah mengarahkan supaya semua penduduk di pedalaman atau individu yang tidak mempunyai dokumen lengkap terutama di Sabah dan Sarawak diberikan vaksin terlebih dahulu.

“Jika tiada dokumen tidak mengapa. Kita akan suruh mereka tuliskan dahulu segala butiran peribadi.

“Soal ketiadaan dokumen kita akan selesaikan kemudian, jadi kita catat dan rekod data mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: