Terkini

SHURE lancar ekosistem audio bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar

KUALA LUMPUR – Institusi pendidikan awam dan swasta kini berusaha gigih untuk mengguna pakai, menambah baik atau menggantikan rumusan sedia ada bagi menyokong kaedah pembelajaran baharu, hibrid (di rumah atau di dalam kelas) dan model pengajaran berikutan pandemik global. Keperluan ini semakin mendesak berikutan pelaksanaan Fasa2 Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP), bermula dari 15 Jun lalu. Sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi terpaksa terus ditutup di dalam fasa PKPP ini.

Peningkatan penggunaan kaedah pembelajaran jarak jauh mendesak penyusunan semula mengenai jenis keupayaan AV bagi memaksimumkan pelaburan di dalam perisian platform persidangan video seperti aplikasi Zoom, MS Teams yang membolehkan interaksi dengan pelajar semasa pengajaran berlangsung. Memang tidak dinafikan audio berkualiti tinggi memberi impak positif terhadap kolaborasi dan pembelajaran jauh. Oleh itu, institusi pendidikan tinggi kini mencari kaedah untuk menyepadukan kesemua platform tersebut dengan teknologi berangkaian, berkesan yang boleh menyediakan audio berkualiti tinggi.

Kevin Koh, Pengurus Komunikasi Pemasaran Shure South Asia Limited, berkata, “Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Science Communication oleh USC dan Australian National University menunjukkan bukan sahaja kualiti audio mempengaruhi apa yang orang dengar, malah ia juga mempunyai impak langsung terhadap tahap berhubungan dan produktiviti, di samping melonjakkan kewibawaan penyampai.”

“Ketika sektor pendidikan di Malaysia meneruskan trend ke arah pembelajaran maya, kami percaya institusi pendidikan juga memilih untuk mendapatkan rumusan berjangka panjang berbanding hanya sementara,” kata beliau.

Penyelidikan dan pasaran telah mengunjurkan pasaran pendidikan maya di peringkat global akan tumbuh kepada $350 bilion (RM1.44 trilion) menjelang 2025. Angka ini dijangka akan terus naik berikutan pandemik Covid-191. Sama juga, saiz pasaran persidangan video global dijangka mencecah USD10.92 bilion (RM45.26 bilion) menjelang 2027, memaparkan CAGR sebanyak 9.7% semasa tempoh unjuran, menurut Fortune Business Insights.

Koh berkata, “Kini masanya lebih kritikal bagi pentadbir di sekolah, kolej dan universiti awam dan swasta untuk faham dan menyusun strategi prasarana teknologi untuk pembelajaran secara maya dan hibrid yang memenuhi keperluan sekolah dan para pelajar. Melabur di dalam peralatan dan rumusan persidangan yang tepat adalah penting bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar bagi para pelajar sambil membolehkan sekolah berdaya saing dan mampu menghadap apa jua situasi di masa hadapan,” katanya.

Dalam usaha mengenengahkan trend dan teknologi terbaharu di dalam pembelajaran maya dan hibrid, Shure menerajui sebuah forum maya berjudul Trend dan Cabaran Pendidikan di Dalam Normal Baharu: Pentingnya Pembelajaran Lancar Menerusi Teknologi da Audio Berkualiti pada 24 Jun 2021 jam 2:30pm. 

Forum ini kelak akan menampilkan Dr. Gerard J. Louis, CEO HELP Education Services,Pro-Naib Chanselor (Kesihatan Mental dan Kesejahteraan), Dekan Fakulti Sains Tingkah Laku, Pendidikan dan Bahasa HELP University; Dr Mas Jaffri Masarudin, Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia; Lim Ming Wei, Pengurus Pembangunan Pasaran bagi Concept Audio dan Audrey Raj, Wartawan Penyiaran, Penerbit & Penyampai Radio BFM Media sebagai moderator.  

Perbincangan akan tertumpu kepada sistem pembelajaran maya di sekolah-sekolah. Forum ini disusun khas bagi semua pentadbir sekolah serta jawatankuasa atau penyelaras sistem IT sekolah. Butiran dan pendaftaran adalah di sini: https://www.conceptaudio.com.my/ecosystem-webinar atau layari www.conceptaudio.com dan penyertaan adalah percuma. 

Forum ini juga serentak dengan pelancaran baru-baru ini, Shure Microflex® Advance™ MXA710 Linear Array, pembesar suara Microflex™ MXN5-C Networked, dan MXA Network Mute Button yang baharu sahaja dilancar pada akhir tahun 2020. Produk-produk yang boleh didapati di pasaran global ini membolehkan Shure menawarkan rantaian isyarat audio yang lengkap, dari mikrofon kepada DSP (pemprosesan isyarat digital) hingga pembesar suara, sebagai sebahagian daripada Ekosistem Shure Audio.

1   https://www.cnbc.com/2021/03/26/online-learning-boomed-during-the-pandemic-but-soon-students-return-to-school.html

2 https://www.globenewswire.com/news-release/2020/10/12/2106764/0/en/Video-Conferencing-Market-to-Reach-USD-10-92-Billion-by-2027-Penetration-of-Internet-to-Influence-Growth-states-Fortune-Business-Insights.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: