Terkini

Majlis akad nikah di Selangor dibenarkan mulai 1 Julai

PETALING JAYA – Majlis akad nikah dibenarkan diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan semua pejabat agama Islam daerah (PAID) di negeri itu mulai 1 Julai ini.

JAIS dalam catatan di Facebook semalam berkata, hanya pasangan yang sudah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS serta PAID dibenarkan melangsungkan akad nikah, dengan kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, perempuan serta wali, manakala individu lain termasuk jurugambar tidak dibenarkan.

Katanya, pasangan pengantin mesti mendapatkan kebenaran berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun, selain memastikan keputusan ujian saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.

Pasangan pengantin serta wali wajib menjalani ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 dalam tempoh 72 jam atau tiga hari sebelum pelaksanaan majlis, dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis diadakan.

Jabatan itu berkata, pihak terbabit wajib mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta kerajaan negeri berkaitan langkah keselamatan.

Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau pegawai tadbir agama boleh menangguh atau membatalkan majlis akad nikah jika terdapat pelanggaran terhadap ketetapan semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: