SHAH ALAM – Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan sebanyak RM1,000 di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima yang layak iaitu golongan peniaga yang tidak dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penerima bagi inisiatif tersebut akan menerima RM500 pada bulan September dan RM500 lagi pada November 2021.
Beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan fokus kedua dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) iaitu menyokong perniagaan.