Terkini

Polis buka kertas siasatan Tok Pa langgar SOP

JELI – Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya sedang makan di sebuah kafe tular pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Jeli itu bersama tiga lagi individu terlibat bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP itu.

“Kesemua yang terlibat ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk pemimpin kerajaan yang dikesan melanggar SOP sebagaimana telah ditetapkan ketika ini.

Pada Ahad tular sekeping gambar yang dimuat naik pemilik premis menunjukkan Tok Pa bersama tiga individu sedang menjamu selera di sebuah restoran ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kalai.

Tok Pa kemudiannya, memohon maaf atas pelanggaran SOP Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pada Isnin, pemilik restoran memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya berkongsi gambar Tok Pa yang singgah ke premis berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kalai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: