Politik

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tertutup antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut selesai selepas berlangsung lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Namun tiada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan UMNO berhubung mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 malam tadi.

Pada Isnin, beberapa pemimpin tertinggi UMNO berada di Ibu Pejabat UMNO itu sejak tengah hari tadi dipercayai bagi membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil selepas berakhirnya tempoh 14 hari diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memanggil sidang Parlimen.

Antara yang dilihat hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: