Terkini

Masyarakat jangan malu hubungi pejabat Parlimen jika perlukan bantuan – Kamarudin

Kuala Lumpur – Sebanyak 6,000 bakul makanan telah diedar kepada masyarakat di seluruh Parlimen Bandar Tun Razak sehingga hari ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamaruddin Jaffar memaklumkan, ia akan diteruskan bagi membantu mengurangkan beban golongan B40 di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, bagi memudahkan bantuan sampai kepada kumpulan sasar, ketua masyarakat harus bersikap proaktif dalam mengenalpasti masalah penduduk.

Jelas beliau lagi, jumlah bantuan bakal ditambah berikutan peruntukan RM300,000 kepada setiap ahli parlimen yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kalau mengikut yang diberi panduan daripada Jabatan Perdana Menteri setiap bakul nilainya RM100, dengan peruntukan RM300,000 jadi 3,000 bakul makanan boleh kita sampaikan.

“Tapi saya akan cuba mendapatkan sumbangan dan bantuan daripada pihak-pihak lain supaya jumlah bakul kita boleh tambah dari 3,000. Atau kita cuba dapatkan bahan-bahan yang kita edar supaya nilainya lebih murah jadi lebih banyak barang dapat disedia,”  katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Kamarudin meminta penduduk di kawasan itu menghubungi pegawai pejabatnya agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

“Masyarakat tidak perlu rasa malu hubungi pejabat Parlimen masing-masing jika perlukan bantuan keperluan asas, dan pemimpin masyarakat harus proaktif kenal pasti masalah penduduk” tambahnya.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 50 penduduk di Sungai Besi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: