Politik

BERSATU Johor adakan mesyuarat tergempar

JOHOR BAHRU – BERSATU Johor akan mengadakan mesyuarat tergempar tengah hari ini bagi membincangkan tindakan UMNO yang mengumumkan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi BERSATU Johor, Senator Md Nasir Hashim, berkata BERSATU Johor juga sedang mendapatkan pengesahan sama ada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BERSATU Johor, akan menyertai mesyuarat tergempar itu secara maya dari ibu negara.

“BERSATU Johor akan adakan mesyuarat tergempar tengah hari ini bersama kepimpinan negeri bagi membincangkan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN. Kita juga sedang menunggu tindakan seterusnya daripada Barisan Nasional (BN) serta UMNO Johor.

“Kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan dan menanti arahan selanjutnya daripada Presiden yang juga Pengerusi BERSATU Johor,” katanya ketika dihubungi.

Tengah malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti berkenaan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan memohon Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dikatakan berlangsung dalam keadaan tegang pada malam Rabu selepas membuat penelitian membabitkan tujuh perkara diambil PN selama ini.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (12), MIC (dua), PAS (satu) sementara AMANAH (sembilan) dan PKR pula (empat).

Kerajaan Johor yang diterajui UMNO dan turut disokong PN Johor, memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: