Bisnes

60,000 PMKS tempatan bakal menerima manfaat Go-eCommerce Onboarding bernilai hingga RM3,000 menerusi Shopee

KUALA LUMPUR – 60,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan masing-masing bakal menerima manfaat Shopee bernilai hingga RM3,000 daripada program Go-eCommerce Onboarding oleh platform e-dagang tersebut.

Inisiatif di bawah Belanjawan 2021 ini bertujuan mendorong penggunaan e-dagang sebagai saluran perniagaan dalam kalangan PMKS tempatan dan warganegara Malaysia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Shopee juga membiayai inisiatif ini secara Ringgit-ke-Ringgit, dalam kerjasama bersama Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Terdapat dua buah pakej yang bakal dimanfaatkan oleh para penjual:

  1. Penjual Shopee sedia ada (Telah berdaftar sebagai penjual di Shopee sebelum 1 Julai 2021)
    ● Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee bernilai RM2,500 untuk kedai di Shopee
    ● Rebat yuran perkhidmatan bernilai hingga RM500
  2. Penjual Shopee baharu (Telah berdaftar sebagai penjual di Shopee dari 1 Julai 2021)
    ● Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee bernilai RM1,500 untuk kedai di Shopee
    ● Rebat yuran perkhidmatan bernilai hingga RM1,500

Kedua-dua manfaat yang ditawarkan ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli dari penjual baharu. Ini akan memacu jualan mereka terutama pada peringkat awal berada di Shopee, bagi mendorong pertumbuhan perniagaan dengan lebih berkesan lagi.

Bagi penjual yang sedia ada pula, ia difahamkan bahawa ramai yang mempunyai perniagaan runcit luar talian yang terkesan oleh pandemik yang melanda negara. Manfaat daripada program ini akan membantu mengurangkan kesan daripada pandemik dan mengekalkan aliran tunai bagi mereka melalui jualan menerusi e-dagang.

Go-eCommerce Onboarding layak disertai oleh penjual Shopee yang berdaftar yang merupakan warganegara Malaysia, atau tergolong dalam kategori PMKS seperti yang ditentukan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Bagi PMKS, lebih daripada 50% daripada saham syarikat haruslah dimiliki oleh warganegara Malaysia atau entiti tempatan, serta jualan bulanan kedai tidak boleh melebihi RM4 juta.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif e-dagang PENJANA pada tahun lalu yang dikenali sebagai Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS sebelum dijenamakan semula kepada Go-eCommerce Onboarding. Lebih daripada 40,000 PMKS telah didigitalkan melalui kempen tahun lalu. Program tersebut, yang berlangsung dari bulan Julai hingga September 2020, telah menyaksikan PMKS yang mengambil bahagian mencatatkan peningkatan jualan harian sebanyak 158% setelah menerima manfaat yang ditawarkan.

Kejayaan Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA dapat diteliti dengan lebih lanjut menerusi kajian impak yang dijalankan dalam kalangan mereka yang telah mengambil bahagian:

● Program tersebut melahirkan usahawan baharu di mana lebih daripada 74% penjual yang mengambil bahagian hanya menjalankan perniagaan mereka secara atas talian.
● Pendapatan dari Shopee adalah satu-satunya sumber pendapatan bagi 46% daripada para peserta, menunjukkan bagaimana e-dagang telah memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan semasa penularan pandemik.
● 45% lagi daripada para peserta beralih kepada perniagaan atas talian demi menambah pendapatan mereka dan memenuhi keperluan hidup.
● Dalam tempoh tiga bulan berlangsungnya kempen tersebut, lebih daripada 20% daripada peserta juga telah mendapatkan khidmat pekerja sepenuh masa dan pekerja sambilan, membuktikan bagaimana program ini juga mencipta peluang pekerjaan.
● Selain itu, lebih daripada 60% daripada penjual yang mengambil bahagian merupakan golongan wanita, menunjukkan bagaimana program ini mendorong inklusiviti digital.

Shopee menggalakkan para penjual yang memenuhi kriteria kempen ini untuk memohon dengan segera, memandangkan bilangan penyertaan bagi kempen ini adalah terhad. Setelah permohonan dihantar, ia akan disemak dan penjual tersebut akan dimaklumkan jika layak untuk menyertai kempen ini.

Para penjual yang berminat yang memenuhi kriteria boleh mula memohon mulai sekarang hingga 30 November 2021 di shopee.com.my/goecommerce. Penyertaan adalah percuma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: