Terkini

Kontena sejuk beku untuk mayat pesakit COVID-19 di HTAR

KLANG – Pemuda UMNO Kota Raja dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Integrasi Nasional mengambil inisiatif menyumbang sebuah kontena sejuk beku yang boleh memuatkan 100 mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Pemudanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, berkata inisiatif itu diambil selepas pihaknya melihat ruang pusat simpanan mayat pesakit COVID-19 di hospital berkenaan semakin kekurangan.

“Selepas melihat sendiri ruang penyimpanan mayat semakin terhad, saya mendapatkan sebuah kontena sejuk beku yang boleh memuatkan hampir 100 mayat dalam satu masa dan menghantarnya ke bahagian kecemasan.

“Saya tidak mahu ruang terhad (penyimpanan mayat) menyebabkan mayat berbau kerana tidak ditempatkan di ruang beku.

“Kita berterima kasih kepada Pengarah HTAR dan pegawai yang menerima sumbangan kami ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kontena 40 kaki berkenaan disewa pihaknya untuk kegunaan sementara menunggu kontena ditempah hospital tiba.

“Jika kontena ditempah hospital sudah tiba, kami boleh mengeluarkan kontena itu jika diminta berbuat demikian, tetapi jika mereka mahu terus menggunakannya, kami tiada masalah,” katanya.

Sheikh Weshal berkata, pihaknya juga dalam perbincangan untuk menyediakan beberapa van jenazah bagi kegunaan hospital berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: