Hiburan

Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Medan

KUALA LUMPUR – Allahyarham Benjy atau nama sebenar, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan pada jam 11 pagi waktu tempatan atau jam 12 tengah hari waktu Malaysia.

Detik menyayat hati itu turut disaksikan keluarga Allahyarham dan anaknya, Firdaus Juan Benjamin, 16, melalui siaran langsung video applikasi WhatsApp dari tanah perkuburan itu.

Setiausaha Agung, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata proses pengebumian Allahyarham Benjy yang menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma, pagi semalam, disempurnakan dalam tempoh 45 minit.

“Saya yang mewakili SENIMAN sempat menyaksikan proses pengebumian Allahyarham Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak arwah dari tanah perkuburan.

“Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah untuk Allahyarham Benjy pulang ke negara abadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hafiz berkata, semua urusan pengebumian diuruskan Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

“Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan, saya memohon semua pihak memaafkan beliau dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah manusia yang sangat kuat dan hebat untuk melalui segala-galanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” katanya.

Semalam, pemergian anak bintang veteran, Allahyarham Azean Irdawaty itu mengejutkan peminat. Allahyarham Benjy menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, pagi semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: