PUTRAJAYA – Universiti Awam akan mengurangkan beberapa jenis yuran bagi membantu pelajar yang terjejas akibat masalah kewangan, bermula Semester Kedua Sesi Akademik 2019/20 hingga hari ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, antara jenis yuran yang dikurangkan ialah yuran perkhidmatan, yuran asrama, yuran konvokesyen dan yuran aktiviti kolej, dengan purata antara 10 peratus sehingga 35 peratus.
Menurut kenyataan itu, kadar pengurangan itu munasabah memandangkan 20 universiti awam yang terbabit, terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.