Terkini

Pemilik Rumah Bonda ditahan

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju di sini sudah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis.

“Dia ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis terhadapnya.

“Kertas siasatan baharu telah dibuka. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 6 Julai lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof dalam satu kenyataan berkata, polis menerima laporan mengenai kes penderaan remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah penjagaan di Taman Setapak pada 24 Jun lalu.

Mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) sindrom down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Mangsa yang tinggal di kondominium berkenaan sejak 14 Julai 2020 telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.


Rumah penjagaan itu turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Pelindung Unit Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah penjagaan tersebut.

Rumah penjagaan terbabit juga didapati beroperasi secara haram sejak tahun 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: