Politik

Pejuang tidak hadir Parlimen jika tiada perbahasan

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan memboikot sidang Parlimen pada Julai ini sekiranya sesi perbahasan dan pembentangan usul tidak dibenarkan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu dilakukan sekiranya kerajaan hanya bercadang mengadakan taklimat lisan di Parlimen.

“Kita nak tahu sama ada perbahasan atau tidak. Kalau ada perbahasan atau usul, kami akan hadir.

“Kalau tidak ada, kami akan fikir sama ada akan hadir atau tidak. Itu kemudian, belum ada keputusan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ketua Pejuanita, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Dr Mahathir berkata, Pejuang mahu membawakan dua usul dalam Parlimen iaitu berkenaan darurat dan penubuhan Majlis Pemulihan Negara untuk melawan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan menghadiri sidang Parlimen sekiranya sekadar mendengar penjelasan kerajaan.

“Kalau kerajaan ingin memberitahu kepada Parlimen mengenai sesuatu perkara yang melanda negara, biasanya kerajaan menyediakan kertas putih yang boleh diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

“Mereka boleh soal apa yang terdapat dalam kertas putih itu. Tetapi nak bagi taklimat kepada wakil rakyat, kami sudah tahu apa yang kerajaan nak buat, jadi tidak perlu ada taklimat seperti ini,” ujarnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: