Terkini

Selangor tambah krematorium percepat urusan mayat COVID-19

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menambah dua unit krematorium dalam kadar segera, bagi mempercepat urusan pembakaran mayat mangsa COVID-19 bukan Islam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata buat masa ini hanya satu unit krematorium sahaja boleh digunakan, manakala dua unit lagi tidak berfungsi kerana rosak, di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Setakat ini yang berfungsi satu sahaja dan kita hendak tambah lagi dua. Yang swasta ada lagi tapi tidak banyak. Ini antara usaha kita untuk mempermudah urusan tersebut dan dalam masa sama tidak menggunakan kos tinggi.

“Krematorium tersebut milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan urusan krematorium ini akan dikelola bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO). Saya juga minta PBT untuk turut membantu urusan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin turut menyasar agar urusan pengebumian jenazah dilakukan tiga kali sehari selepas inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat mula diumumkan semalam.

“Selepas ini kita akan tetapkan masa iaitu pagi satu sesi, tengah hari atau petang satu sesi, malam satu sesi. Secara tidak langsung kita boleh mempercepat urusan dan mengurangkan bilangan jenazah di bilik mayat hospital,” katanya.

Urusan pengebumian jenazah telah dilakukan satu hingga dua kali sehari dalam tempoh seminggu ini, bergantung pada jumlah jenazah di bilik mayat hospital yang mana setakat ini lebih 20 jenazah warga negara dan warga asing telah dikebumikan atas inisiatif berkenaan.

Mengenai dua tanah perkuburan dipilih untuk usaha tersebut, Amirudin berkata, setakat ini Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21 dekat sini, masih mempunyai 3.64 hektar tanah belum digunakan, begitu juga di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang dengan baki keluasan tanah sama, cukup untuk menampung jumlah jenazah ketika ini.

Amirudin pada Sabtu (17 Julai) mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat iaitu satu usaha kerajaan negeri mengurangkan masa pengurusan selain mengelak kesesakan jenazah dan mayat di beberapa hospital di Selangor.

Amirudin dalam kenyataannya, berkata inisiatif berkenaan melibatkan urusan jenazah dan mayat COVID-19 di tiga hospital sama ada muslim dan bukan Islam khususnya di Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pihaknya juga telah menghubungi Kementerian Luar pada Isnin, dalam usaha mempercepat proses pengesahan jenazah atau mayat warga asing COVID-19, khususnya di tiga buah hospital terbabit susulan banyak jenazah atau mayat COVID-19 yang tidak dapat diuruskan dengan cepat.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: