Terkini

64 pekerja, peniaga Pasar Besar Seremban positif Covid-19

SEREMBAN – Seramai 64 pekerja dan peniaga di Pasar Besar Seremban disahkan positif Covid-19 menerusi saringan secara meluas (mass screening) yang diadakan pada Sabtu.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, seramai 676 individu melakukan saringan yang diadakan di pekarangan Pasar Besar Seremban pada jam 2 hingga 7 petang.

Katanya, usaha ini adalah inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan untuk melakukan saringan secara percuma.

“Hasil saringan yang dilakukan, 64 orang didapati positif Covid-19. Semua yang positif terus dipakaikan gelang pink oleh pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri, selain terus melakukan ujian PCR.

“Mass screening di kawasan berkenaan dibuat supaya kita boleh diagnos semua kes positif Covid-19.

“Kemudiannya, kes positif ini akan diasingkan dengan segera agar virus tidak disebarkan kepada orang di sekelilingnya,” katanya menerusi kenyataan di laman sosialnya pada Ahad.

Tambah Pengerusi DAP negeri itu, pegawai PKD Seremban akan terus melakukan pengesanan kontak rapat dan membuat ujian seterusnya.

“Operasi Pasar Besar Seremban juga akan ditutup selama tujuh hari bermula Isnin,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: