Kuala Lumpur – ShopeePay dan Shell mula menawarkan pulangan wang sebanyak RM4 kepada semua pemilik kenderaan yang mengisi minyak di mana-mana stesen Shell di seluruh Malaysia.
Tawaran istimewa ini sudah pun bermula dari 15 Julai lalu dan akan berakhir pada 15 Ogos 2021 nanti.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay QR dari aplikasi Shopee di telefon pintar anda.
Juga pastikan anda telah mengaktifkan ciri e-dompet ShopeePay anda bagi membolehkan anda menggunakan servis ShopeePay tersebut.
Jumlah isian minimum bagi melayakkan anda mendapat pulangan RM4.00 itu pula adalah sekurang-kurangnya isian minyak berharga RM30.00.
Malah anda boleh mendapatkan pulangan wang tersebut sehingga 2 kali. Bermakna anda boleh mendapatkan pulangan wang sehingga RM8.00 dari tawaran ini dengan mengisi minyak 2 kali di Shell pada harga minimum RM30.00.

Tetapi anda perlu cepat kerana tawaran pulangan wang ini hanya terhad kepada 250,000 pengguna terawal sahaja.

Cara Menikmati Pulangan Tunai RM4:
- Lawati stesen minyak Shell terdekat anda
- Isi bahan api kenderaan anda dan ambil barang dari Shell Mart
- Bayaran melalui ShopeePay untuk mendapatkan Pulangan Tunai RM4 anda dengan serta-merta!
- Terhad kepada 2 penebusan bagi setiap pengguna dengan perbelanjaan minimum RM50
Catatan: ShopeePay hanya tersedia di aplikasi mudah alih Shopee!
Terma & Syarat ShopeePay bersama Shell:
- Promosi Cashback RM4 terhad kepada 250,000 transaksi sahaja
- Sah dari 15 Julai – 15 Ogos 2021
- Semua pembayaran mesti dibuat dengan ShopeePay QR melalui aplikasi mudah alih Shopee dengan perbelanjaan minimum RM30 untuk menikmati pulangan tunai RM4 anda. Promosi ini sah untuk semua pengguna Shopee yang telah mengaktifkannya E-dompet ShopeePay.
- Promosi ini terhad kepada 2 penebusan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen.
