Luar Negara

Semua isi rumah Singapura terima kit ujian COVID-19

SINGAPURA – Semua isi rumah akan menerima kit ujian kendiri COVID-19 tidak lama lagi, sedang republik itu meningkatkan rejim pengujian dan berusaha untuk hidup dengan coronavirus.

Kit ujian pantas antigen (ART) itu, yang kini dijual di banyak tempat, diagihkan oleh pemerintah kepada isi rumah dan akan diberikan terlebih dulu kepada mereka yang berdekatan dengan kelompok besar COVID-19.

Menteri Kewangan, Lawrence Wong, memberitahu Parlimen bahawa ia akan dimulakan dengan mereka yang tinggal dekat pasar di mana kelompok besar dikenal pasti.

“Kami akan secara berperingkat mengagihkannya kepada semua orang di Singapura dan selain mengagihkan kit ini, kita juga akan mengumumkan cara lain untuk menguji virus berkenaan.

“Ini termasuk ujian pernafasan di Parlimen sebelum setiap persidangan, selain ujian sama di pusat pemeriksaan Singapura dan pengawasan air buangan di estet,” katanya.

Tambah Wong, pengujian kerap dan kesedaran sosial untuk melakukan ujian kendiri akan melindungi dan menjaga keselamatan semua.

“Kita sedang menuju ke arah norma baru kehidupan,” katanya yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi COVID-19.

Wong dan dua pengerusi bersamanya, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, berucap di Parlimen untuk memberi maklumat terkini mengenai tindak balas pemerintah terhadap COVID-19.

Mereka menekankan bahawa setiap orang mempunyai peranan dalam pembukaan semula Singapura yang terkawal secara berperingkat.

Wong berkata, langkah pengurusan selamat akan kekal relevan dan penting untuk beberapa waktu dan pemakaian pelitup mungkin antara peraturan terakhir untuk dihentikan dalam norma baru. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: