Terkini

Sistem e-Tanah bakal diperluaskan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang memperluaskan Sistem e-Tanah secara kerjasama awam-swasta (PPP), ke beberapa negeri menjelang 2024, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, peluasan sistem itu akan meliputi Putrajaya, Labuan, Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan.

Beliau berkata, ia susulan kejayaan pelaksanaan sistem berkenaan yang diguna pakai Kuala Lumpur dan Perak, masing-masing pada 2017 serta Februari lalu, selepas diperkenalkan pada 2014.

Pelaksanaan Sistem e-Tanah bertujuan menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri berdasarkan perundangan yang berkuat kuasa, selain mengurangkan kerenah birokrasi dan mempertingkat ketelusan serta integriti dalam pentadbiran tanah.

“Saya percaya, pelaksanaan Sistem e-Tanah juga dapat menyumbang kepada kepesatan pembangunan negara, di samping meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri khususnya.

“Sistem e-Tanah dijangka selesai dibangunkan di semua negeri berkenaan serta boleh diguna pakai keseluruhan dan sepenuhnya, selewat-lewatnya pada 2024.

“Saya difahamkan, Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan akan dimeterai, hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Tanah Negara yang disiarkan RTM1, hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: