Politik

Pembangkang perlu ‘belajar’ hormati majlis – Shabudin

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang, terutama daripada DAP, perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara, kata Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Shabudin Yahaya.

Beliau mendakwa beberapa wakil rakyat DAP mengganggu dan menjerit ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca al-Fatihah untuk semua mangsa COVID-19, pada sidang khas Parlimen, semalam.

Shabudin menyifatkan tindakan itu sebagai menunjukkan sikap sebenar Ahli Parlimen pembangkang terbabit yang didakwa terus menjerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri.

“Mereka langsung tidak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca al-Fatihah untuk mangsa COVID-19.

“Inilah perangai sebenar pemimpin DAP terbabit yang tidak tahu nak menghormati majlis,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Shabudin berkata, Muhyiddin menyampaikan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 ketika memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen, sebelum berlaku kekecohan itu.

“Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP terbabit dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia.

“Tindakan mereka itu amat keterlaluan dan memalukan, serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: