Luar Negara

Arab Saudi siap sedia terima jemaah umrah

JEDDAH: Lebih 20,000 jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi akan menunaikan umrah dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut Kementerian Haji dan Umrah semalam.

Jurucakap kementerian, Hisham Bin Saeed, berkata kebenaran hanya diberikan kepada jemaah dari negara yang tidak terikat dengan larangan kemasukan oleh Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).

Ketika ini negara yang berdepan larangan perjalanan adalah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Vietnam, Afghanistan dan Lubnan.

Memetik laporan Saudi Gazette, larangan itu disebabkan oleh peningkatan berterusan kes coronavirus dan variannya di negara-negara berkenaan.

Kira-kira 500 syarikat perkhidmatan umrah dan lebih 6,000 ejen umrah asing bersiap sedia menerima jemaah umrah asing yang divaksin.

Jemaah yang berhasrat menempah pakej umrah dan membuat semua pembayaran melalui kira-kira 30 laman web dan platform elektronik yang tersedia bagi tempahan global, menurut Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah, Hani Ali Al-Amiri.

Hanya individu yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan memohon visa umrah. Calon umrah juga mesti berada dalam keadaan kesihatan baik dan mematuhi protokol yang bertujuan memastikan keselamatan jemaah dari luar negara, kata ahli jawatankuasa itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: